Monday, April 7, 2008

Perjuangan............?

Benarkah kita memperjuangkan bangsa melayu?
Benarkah kita memperjuangkan Islam? dalam semua aspek
jika kita benar-benar memperjuangkan Islam..mengapakah setelah 50 tahun merdeka orang Islam belum berjaya dalam ekonomi.Jutaan melayu di malaysia tetapi belum dapat melahirkan orang melayu yang berjaya dalam perniagaan.
jika kita benar-benar memperjuangkan Islam dan bangsa melayu kita tidak seharusnya melaungkan dan melaksanakan dalam bidang politik sahaja.Maksudnya dalam pilihanraya 5 tahun sekali sahaja untuk membela dan memperjuangkan Islam & melayu.

Kita sewajibnya melaksanakan dalam kehidupan seharian, membantu orang Islam dalam ekonomi dengan membeli di kedai-kedai mereka.jika semua orang melayu bertindak dan mengamalkan perjuangan Islam dalam semua aspek ,dalam amalan seharian maka akan ramailah lahirnya peniaga dan usahawan Islam. seterusnya akan meningkatkan ekonomi orang Islam.Meningkat ekonomi orang Islam maka bertambah kuatlah politik Islam dan Melayu.

Kebaikannya jika ramai orang melayu yang berjaya dalam perniagaan, maka hasil kekayaannya akan diberi zakat, derma dan amal jariah semestinya kepada orang Islam jugak

Renung-renungkan lah dan sampaikan pada semua kaum muslimin dan muslimat.

5 comments:

ADIPUTRA said...

Salam........

Betullah tu.....
Saya amat bersetuju denan cadangan itu. Kita sepatutnya mempunyai kesedaran ini dan bertindak dari dahulu lagi.
Teruskan perjuangan.......

ADIPUTRA said...
This comment has been removed by the author.
ADIPUTRA said...

Salam........

Betullah tu.....
Saya amat bersetuju denan cadangan itu. Kita sepatutnya mempunyai kesedaran ini dan bertindak dari dahulu lagi.
Teruskan perjuangan.......

Guru Sejarah Tingkatan 3 said...

tkasih.sama2 kita sebarkan,sedarkan,sampaikan
tanamkan nilai2 ini kpd anak didik kita.
moga kuat ekonomi org Islam maka teguhla kuasa politik Islam yang pastinya kuatla jugak bangsa melayu yang dilaung2kan itu

su said...

hmmm...sebelum kita pastikan agama islam tersebar luas; ekonomi Islam mantap; pastikan dulu negara kita dalam keadaan aman.takde negara ekonomi takleh berkembang;syiar islam takkan dapat ditegakkan.apa yang penting kita bersatu dahulu.jgn bicara atas agenda parti politik tetapi negara malaysia.jgnlah kita jadi seperti rakyat iraq yg gembira apabila tampuk pemerintahan mereka dijatuhkan dan akhirnya siapa yang merana.rakyat iraq jugak.itulah padahnya menderhaka kepada pemimpin. jadikanlah itu satu iktibar.dalam islam sendiri kata kene hormat pemimpin selagi tidak bercanggah dengan Islam.Ya Allah bukakanlah hati kawan2 ku utk berhenti menyalahkan antara satu sama lain. insaflah. ingat...hari ini kita dibawah sewenang2nya mengutuk pemimpin kita tanpa kita tahu bahawa pandangan mereka lebih jauh dari kita yg berada di bawah.