Sunday, September 23, 2007

Ramadhan Menggamit Memori silam

Masa yang telah berlalu terasa begitu pantas wpun puluhan tahun telah berlalu.Di bulan ramadhan ini memori silam puluhan tahun datang kembali.Ia bagaikan baru berlaku.Peristiwa suka duka,berjaya. datang silih berganti.Begitu juga wajah-wajah yang yang hadir dalam kehidupan kita, ibu bapa, saudara mara,kawan rakan dan teristemewanya wajah-wajah orang yang pernah disayangi,dilukai dan melukai,kembali menjelma di mata dan fikiran.Kenangan ini lah yang memberi ilham kepada Allahyarham P.Ramlee mencipta lagu "Dendang Perantau"
Sudah tentunya bersama memori silam ada tercatat besama dosa dan pahala.noda dan dosa.yang mencengkam jiwa.Sempena bulan yang mulia dan suci ini sama-samalah kita mmperbanyakkan istigfar, memohon keampunan kepada Allah SWT dan sesama insan.Meningkatkan iman dan amal. Moga dengan itu terampun segala dosa dengan Rahmat ALLAH SWT.
kepada insan yang mengenali hamba yg hina dina ,maaf atas keterlanjuran,halalkan makan minum ku . Dengan kita saling bermaaf-maafan maka tiadalah lagi kira bicara sesama kita di Padang Masyar kelak.

Maaf zahir batin dari hamba yang dhaif

Saturday, September 22, 2007

Salam Ramadhan


Ramadhan muncul kembali. Padanya terkandung Rahmah dan Keampunan Ilahi. Bulan yang menjanjikan balasan pahala yang tak terkira banyaknya.Perlulah diingat bahawa berpuasa bukan sahaja bermaksud menahan daripada makan dan minum di siang hari tetapi tubuh badan dan semua deria kita mestilah dikawal juga. Pastikan sahsiah diri kita di bulan Ramadhan ini jauh lebih baik daripada bulan-bulan yang lain. Rebutlah peluang yang disediakan di bulan yang penuh berkat ini sebab tahun hadapan belum tentu kita dapat bertemunya.
Selamat Menunaikan Ibadah Ramadhan kepada semua warga kdp 14m yang beragama Islam.

Wednesday, September 19, 2007

sajak dari isteri kepada suami..(utk suami menghargai isteri

Kekasih,Aku tak pandai berbicara romantisdihadapanmu aku menjadi kakutak terluah baris-baris cintawalau di hati merontaingin kau mengetahuinyacintaku padamu bukannya mainantetapi sesuatu yang tulustak ternilai dengan harga!Lalu di suatu haridi bulan Septemberkukarangi sebuah puisi untukmucoretan merah jambu inisebagai pengganti bicarakuyang tak terluahkan selama iniKekasihkau begitu penting dalam hidupkuaku memerlukanmu lebih dari yang kau sangkakanaku merinduimu lebih dari pungguk rindukan bulanaku mendambakanmu lebih darisang puteri mendambakan putera rajanyadan aku mencintaimulebih dari kau menyintai diriku...Kekasihkalungi puisi ini dalam tangkai hatimuagar setiap saat dapat kau merasakangetaran cintaku yang semakin kuatmoga kau mengertihidup ini tak selalunya indahtapi keindahan dapat kurasakansetiap kali memandang wajahmumembiaskan cintayang tulus dan suci........Sesungguhnya, kasihku...aku ingin mati bersamamu....

untuk yang berjiwa dan berperasaan dan punya hati dan akal...

Tuesday, September 18, 2007

Kebesaran ALLAh terselah dalam kembara

Langkawi terkenal dengan cerita lagenda,kini sedang memajukan geo park dan kilim park sebagai satu tarikan pelancongan.Laut dan pulau batu kapur yang berusia lebih 550 juta tahun sangat menakjubkan kepada para pelancong dan ahli geografi.Kita sebagai hamba Allah yang kerdil dapat merasakan kebesaran Allah Maha Pencipta.Terasa betapa indah alam ciptaan tuhan.Tersedar jugak, betapa lamanya umur dunia ini sejak diciptakanNYa.manusia pergi dan datang silih berganti, kini kita menjadi penghuni dunia yang sudah berjuta-juta tahun kewujudanya.Kita menjadi pengganti manusia terdahulu ,dan pastinya kita juga akan diganti oleh insan lain sebagaimana yang berlaku sejak jutaan tahun yg lampau.Lama bebenarkah 60 tahun kehidupan di dunia ini.sedangkan usia dunia ini lebih dari jutaan tahun.Moga setiap hembusan nafas kita dalam Redha ,serta kerana Allah SWT. kerna kita akan hidup dalam dunia yang singkat dan selamanya di alam akhirat yang kekal abadi.noktah!

Monday, September 17, 2007

Salam Ramadhan

Hari ke hari yang kita lalui.kini kita kembali menjalani Ramhadan al mubarak.bulan yang mulia yang menjanjikan ganjaran pahala dan keampunan.moga Ramadhan ini memberi seribu keinsafaan,meningkatkan iman dan amal kita kepadanya.

Apa yang pasti hidup ini satu perjuangan,memerlukan ketahanan jiwa,kekuatan hati yang padu bagi merealisasikan impian dan cita-cita.Tanpa hati yg teuh dan kental....impian takkan jadi nyata......

selamat menjalani ramadhan.

salam hormat dari hamba