Monday, April 7, 2008

Perjuangan............?

Benarkah kita memperjuangkan bangsa melayu?
Benarkah kita memperjuangkan Islam? dalam semua aspek
jika kita benar-benar memperjuangkan Islam..mengapakah setelah 50 tahun merdeka orang Islam belum berjaya dalam ekonomi.Jutaan melayu di malaysia tetapi belum dapat melahirkan orang melayu yang berjaya dalam perniagaan.
jika kita benar-benar memperjuangkan Islam dan bangsa melayu kita tidak seharusnya melaungkan dan melaksanakan dalam bidang politik sahaja.Maksudnya dalam pilihanraya 5 tahun sekali sahaja untuk membela dan memperjuangkan Islam & melayu.

Kita sewajibnya melaksanakan dalam kehidupan seharian, membantu orang Islam dalam ekonomi dengan membeli di kedai-kedai mereka.jika semua orang melayu bertindak dan mengamalkan perjuangan Islam dalam semua aspek ,dalam amalan seharian maka akan ramailah lahirnya peniaga dan usahawan Islam. seterusnya akan meningkatkan ekonomi orang Islam.Meningkat ekonomi orang Islam maka bertambah kuatlah politik Islam dan Melayu.

Kebaikannya jika ramai orang melayu yang berjaya dalam perniagaan, maka hasil kekayaannya akan diberi zakat, derma dan amal jariah semestinya kepada orang Islam jugak

Renung-renungkan lah dan sampaikan pada semua kaum muslimin dan muslimat.