Tuesday, May 24, 2011

Makam Syaikh 'Abd Kadir Ibni Hussein Syah, 25 Jan 904M

Beliau mangkat pada 3 Rabiulawal 297 Hijrah bersamaan dengan hari rabu 25 Jan. 904 M.Kuburnya sepanjang 7 kaki boleh dikunjungi di Tanjung Inggeris , Langgar Kedah.Allahyarham merupakan pendakwah menyebarkan agama Allah di Negeri Kedah. Ini menunjukkan bahawa Kedah telah menerima Islam 500 tahun sebelum Melaka.

Makam Syaikh 'Abd Kadir Ibni Hussein Syah, 25 Jan 904M

Beliau mangkat pada 3 Rabiulawal 297 Hijrah bersamaan dengan hari rabu 25 Jan. 904 M.Kuburnya sepanjang 7 kaki boleh dikunjungi di Tanjung Inggeris , Langgar Kedah.Allahyarham merupakan pendakwah menyebarkan agama Allah di Negeri Kedah. Ini menunjukkan bahawa Kedah telah menerima Islam 500 tahun sebelum Melaka.

Makam Syaikh 'Abd Kadir Ibni Hussein Syah, 25 Jan 904M

Beliau mangkat pada 3 Rabiulawal 297 Hijrah bersamaan dengan hari rabu 25 Jan. 904 M.Kuburnya sepanjang 7 kaki boleh dikunjungi di Tanjung Inggeris , Langgar Kedah.Allahyarham merupakan pendakwah menyebarkan agama Allah di Negeri Kedah. Ini menunjukkan bahawa Kedah telah menerima Islam 500 tahun sebelum Melaka.

Saturday, May 21, 2011

Kerja Kursus Sejarah 2011: FELDA

TAJUK KAJIAN : FELDA BUKIT TEMBAGA

1.FELDA BUKIT TEMBAGA

FELDA Bukit Tembaga merupakan tanah rancangan di bawah pentadbiran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Di bawah pentadbiran FELDA, segala-gala yang berkaitan pekerjaan di ladang dan kehidupan peneroka mendapat perhatian pihak pengurusan FELDA. Untuk menjalinkan hubungan yang lebih berkesan dengan masyarakat setempat, FELDA Bukit Tembaga ditadbir oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR).

Peneroka tanah rancangan akan menyalurkan masalah yang mereka hadapi kepada organisasi tersebut yang kemudiannya memanjangkan kepada pihak pengurusan FELDA.

LOKASI

FELDA Bukit Tembaga terletak di Daerah Padang Terap. Jarak antara FELDA ini dengan Pekan Pokok Sena sejauh 12 kilometer sahaja, manakala jarak dari Kuala Nerang ke FELDA Bukit Tembaga kira-kira 13 kilometer.

2.LATAR BELAKANG

Nama Bukit Tembaga dikatakan berasal dari sebuah gua atau lubang di kaki bukit yang tanahnya berwarna merah seperti tembaga. Gua ini terletak berhampiran Bukit Putih, Bukit Lengoh dan Bukit Petai.Perpustakaan Desa FELDA Bukit Tembaga pula terletak bersebelahan pejabat FELDA Bukit Tembaga dan Klinik Desa Bukit Tembaga. Lokasinya yang agak strategik berhampiran jalan raya sering menjadi tumpuan masyarakat sekitarnya.

Majoriti peneroka FELDA Bukit Tembaga berbangsa Melayu yang rata-rata merupakan penduduk tetap Negeri Kedah. Kebanyakan peneroka di sini bekerja menoreh getah kerana sumber utama peneroka di sini mengusahakan tanaman getah secara persendirian atau berkelompok.

Boleh dikatakan penempatan penduduk Kampung FELDA Bukit Tembaga agak tersusun dan terancang serta dikelilingi oleh pohon-pohon menghijau. Peneroka FELDA juga mengamalkan gaya hidup sederhana dan mengekalkan adat budaya Melayu.

3.PERANAN

i - Aktiviti ekonomi :

Di kebanyakan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), getah dan kelapa sawit menjadi tanaman utama di kalangan peneroka FELDA termasuklah peneroka di FELDA Bukit Tembaga yang turut mengusahakan tanaman getah sebagai tanaman utama.

Sebagai peneroka FELDA, penerokanya mendapat pelbagai bantuan dan subsidi daripada FELDA seperti baja, benih dan sebagainya. FELDA juga bertanggung jawab untuk membeli hasil getah daripada para peneroka yang kemudiannya menjual kepada kontraktor atau pemborong yang telah dilantik. Cara ini lebih baik dan memudahkan para peneroka untuk memasarkan atau menjual hasil ladang masing-masing berbanding jika dilakukan secara sendirian.

FELDA Bukit Tembaga bergantung kepada hasil getah kerana getah merupakan tanaman utama di sini. Sebagai peneroka, kerja-kerja menoreh getah dilakukan sendiri saban hari dengan bantuan ahli keluarga terdekat. Di sinilah wanita sebagai isteri kepada peneroka memainkan peranan penting yang turut membantu kerja-kerja di ladang.

Peneroka mempunyai pilihan sama ada untuk menjual getah keping atau getah sekerap. Pada masa-masa tertentu ada juga di kalangan peneroka yang menjual susu cair kepada pemborong-pemborong yang dilantik oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Melalui jualan hasil getah dapatlah peneroka menampung perbelanjaan keluarga walaupun pada masa-masa harga getah tidak sebaik harga kelapa sawit.

ii – Aktiviti Pelancongan

Hutan Lipur Puncak Janing

Hutan Lipur Puncak Janing terletak kira-kira 10 kilometer dari FELDA Bukit Tembaga dan kira-kira 14 kilometer dari Pekan Kuala Nerang. Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Bukit Perangin dalam kawasan hutan dipterokarp pamah. Untuk sampai ke sini pengunjung bolehlah menaiki kenderaan sendiri atau menyewa teksi dari Pekan Kuala Nerang. Hutan lipur tersebut mempunyai sebuah air terjun setinggi empat tingkat yang dikelilingi kehijauan pohon-pohon selain mempunyai susunan batu bata yang menarik.

Keindahan landskap air Sungai Janing yang mengalir di sepanjang dua kilometer sesuai untuk aktiviti bermandi-manda dan berkelah. Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, bolehlah mencuba mendaki Puncak Janing dan berkhemah di kawasan yang telah ditetapkan. Di samping melakukan aktiviti lasak, pengunjung berpeluang melihat pemandangan menarik pokok kasai (Pometia spp), meranti tembaga (Shorea Leprosula Miq) dan palma (Arecaceae).

Pengunjung juga boleh menyusuri denai sepanjang kira-kira 15 kilometer yang menghubungkan hutan Lipur Puncak Janing dan Hutan Lipur Bukit Wang. Pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung turut disediakan di situ seperti dewan, surau dan padang untuk aktiviti permainan berkumpulan. Selain itu, terdapat juga kawasan rehat dan tandas awam untuk kegunaan orang ramai.

iii – Bidang Pendidikan

Selain Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) An-Nur , Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) FELDA Bukit Tembaga dibina untuk menarik minat masyarakat setempat terutamanya kanak-kanak berkunjung ke perpustakaan.Berbagai-bagai aktiviti anjuran bersama PDSI FELDA Bukit Tembaga dan PASTI An-Nur membabitkan seramai 60 orang kanak-kanak Tadika yang berumur enam tahun.

Para ibu bapa di FELDA Bukit Tembaga amat mementingkan pendidikan di kalangan anak-anak mereka. Oleh itu, majoriti ibu bapa menghantar anak-anak mereka dari mula peringkat pra sekolah sebelum memasuki sekolah kebangsaan. Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga dan Sekolah Menengah Bukit Tembaga merupakan sekolah yang terdekat yang menjadi pilihan ibu bapa.

Semua pelajar mendapat perhatian dan keutamaan yang sama melalui pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum. Bagaimanapun, pelajar yang lemah akan mendapat perhatian sewajarnya melalui beberapa program yang diatur. Kelas-kelas tuisyen percuma misalnya disasarkan kepada murid-murid yang lemah tetapi mempunyai keupayaan atau kebolehan untuk maju.

iv - Kebajikan.

Setiap manusia tentu mengimpikan kehidupan yang sihat, tidak terkecuali di kalangan masyarakat di FELDA Bukit Tembaga. Bagi memenuhi tanggung jawab terhadap kesihatan penduduk, sebuah klinik desa disediakan di kampung ini.

Terletak di kawasan perumahan peneroka, Klinik Desa FELDA Bukit Tembaga memberikan kemudahan dan rawatan asas khusus kepada ibu-ibu mengandung, kanak-kanak dan juga kes-kes kecemasan. Klinik desa ini dibuka dari jam 8.15 pagi hingga 5.00 petang pada hari-hari bekerja yang biasa. Bagaimanapun, kes-kes kecemasan yang tidak kritikal akan dilayan oleh kakitangan yang bertugas. Kes-kes yang serius terpaksa dirujuk kepada hospital daerah yang berhampiran

4 . Perkembangan

i – Pembangunan prasarana / fizikal

FELDA Bukit Tembaga dilengkapi dengan segala kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih. Manakala kemudahan awam ialah, masjid, perhentian bas, telefon awam, dewan orang ramai, Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA), sekolah, elektrik, air dan sebagainya.

Perpustakaan Desa Kampung FELDA Bukit Tembaga terletak di bawah pentadbiran Perpustakaan Negeri Kedah. Terletak bersebelahan pejabat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Perpustakaan Desa tersebut sering dikunjungi masyarakat FELDA terutamanya anak-anak peneroka. Anak-anak kecil tersebut mengunjungi perpustakaan sama ada untuk mengulang kaji pelajaran mahupun meminjam buku.Bertuahnya, anak-anak FELDA tersebut turut diberikan kemudahan untuk menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi melalui program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Program yang dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) itu juga turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi kerajaan dan juga pihak swasta. Menerusi program tersebut, Perpustakaan Desa FELDA Bukit Tembaga telah dibekalkan dengan dua buah komputer, sebuah pencetak dan sebuah pengimbas berserta akses Internet. Ia boleh digunakan oleh sesiapa jua secara percuma.

Kemudahan-kemudahan tersebut telah digunakan oleh penduduk dengan sebaik-baiknya. Malah sejak sekian lama, penduduk tidak mempunyai banyak masalah terhadap kemudahan-kemudahan yang disediakan.

ii – Kemajuan yang dicapai

Bersesuaian dengan kehidupan peneroka, golongan wanita di FELDA Bukit Tembaga aktif dengan beberapa kegiatan di luar rumah. Golongan wanita di FELDA ini tidak jemu memajukan diri mereka dengan menyertai pelbagai bengkel atau program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR).

Antara aktiviti yang sering disertai oleh golongna wanita ialah bengkel jahitan, masakan, kraf tangan dan kelas solekan. Melalui program seperti ini jugalah, wanita mampu meningkatkan diri dengan membuka kedai secara kecil-kecilan.

iii – Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan

Para belia di FELDA Bukit Tembaga aktif terutama di bidang sukan dan permainan seperti perlawanan bola sepak, badminton dan sepak takraw. Di samping bermain, bersukan juga dapat mengeratkan perpaduan di kalangan golongan belia di samping membantu mereka menguasai kemahiran dalam permainan-permainan tersebut.

Kegiatan lain yang diceburi para belia dan remaja berkenaan ialah mendaki gunung dan juga aktiviti perkhemahan. Aktiviti-aktiviti mendaki gunung umpamanya memerlukan kekuatan fizikal dan mental di kalangan belia yang terlibat selain memupuk keyakinan diri.

iv – Saranan dan harapan

Berdasarkan pemerhatian saya,kemajuan yang telah dinikmati oleh peneroka Felda Bukit Tembaga dapatlah dibanggakan.Apa tidaknya taraf hidup para peneroka telah dapat ditingkatkan selaras dengan kemajuan negara.Generasi kedua felda kini menikmati taraf hidup yang sama dengan anak-anak bukan peneroka atau kakitangan kerajaan.Walaupun begitu generasi baru felda mesti meneruskan momentum perubahan minda ke arah kemajuan.Bidang-bidang baru seperti industri kecil-kecilan mesti diceburi ataupun bidang-bidang baru supaya tidak berterusan bergiat dalam aktiviti pertanian getah dan kelapa sawit.Pihak pengurusan felda mestilah memulakan perubahan dalam aktiviti organisasinya dengan melibatkan penyertaan warga felda generasi kedua atau ketiga dalam bidang-bidang baru contohnya penternakan,perniagaan kecil-kecilan,perkhidmatan,keusawanan dan sebagainya.Generasi baru felda tidak lagi boleh bergantung sepenuhnya kepada aktiviti ekonomi getah dan kelapa sawit.Program-program,kursus-kursus ,latihan dan bimbingan mestilah diberikan kepada anak-anak peneroka ke arah itu.

Generasi muda felda mestilah meneruskan wawasan memajukan diri dengan pendekatan baru demi kelangsungan hidup.Walaupun banyak anak peneroka felda mendapat pendidikan tinggi dan memegang jawatan penting dalam sektor kerajaan dan swasta yang kemudiannya tinggal di bandar-bandar besar di ibu kota.Akan tetapi anak-anak muda yang memilih menetap di felda mestilah mempunyai wawasan iaitu meneruskan kesinambungan kemajuan felda dengan pendekatan baru.Menjadi harapan generasi pertama felda agar kemajuan felda diterajui pula oleh generasi baru atau generasi muda dengan pendekatan baru yang sesuai dengan perubahan zaman.

5. RUMUSAN



Penubuhan Felda telah membolehkan penduduk di tanah rancangan ini memiliki tanah,mengusahakan tanaman,meluaskan peluang perniagaan serta meningkatkan taraf hidup mereka melalui pengawasan,latihan dan kaedah-kaedah pengurusan lading yang cekap.Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) di Felda telah bergiat cergas membangunkan felda.Ini terbukti dengan kegiatan kaum wanita melalui Gerakan Persatuan Wanita (GPW),Persatuan Belia dan Taman Didikan Kanak-kanak yang membimbing melahirkan generasi muda felda yang berwibawa. Satu contoh lain ialah soal pendidikan agama yang mendapat perhatian utama pihak pengurusan felda.Setiap rancangan felda mempunyai pegawai agamanya sendiri.Usaha telah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran generasi pewaris felda melalui Latihan Kadet Ladang.Latihan ini menggalakkan mereka menjalankan aktiviti bukan pertanian yang mempunyai potensi yang tinggi.Adalah diharapkan warga felda akan menjadi komponen utama pembangunan negara kelak.Pengurusan felda perlu lebih pragmatik dan melakukan evolusi agar lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

» » » » » » » » »

6. LAMPIRAN

Logo Felda Warga Felda mengalu-alukan

kedatangan anda

alt

Jalan masuk menuju ke Felda Bukit Tembaga

alt

Tanaman getah sebagai hasil utama peneroka

alt

Pokok-pokok getah – visual secara dekat

alt

Pejabat Pertubuhan Peneroka Felda

alt

Institusi pendidikan untuk anak-anak peneroka

alt

Antara prasarana penting di felda ini – klinik desa

http://telecentre.my/feldabukittembaga/images/stories/keselamatan.jpg

Peranan Pasukan Keselamatan sangat penting dalam soal keselamatan orang ramai

http://telecentre.my/feldabukittembaga/images/stories/kawasan-riadah.jpg

Turut disediakan gelanggang permaianan kanak-kanak

7 . RUJUKAN

1. Internet - http://telecentre.my/feldabukittembaga/index.php/ms/galeri.html

  1. Sulong Mohamad,Petempatan Felda,Perspektif Perancangan Bandar & Desa,DBP,1985.

  1. Koleksi Ucapan Mahathir,,Ucapan Perdana Menteri Y.A.B.Dato Seri Dr.Mahathir b Mohamad,Di Majlis Penyempaian Pingat Semai Bakti Felda Di Dewan Merdeka,Pusat Dagangan Dunia Putra,K.L 8 Ogos 1988.

  1. Majalah Dewan Masyarakat,50 Tahun Felda Dikagumi Dunia,September 2007.

5. Arkib Negara Malaysia,Sejarah Pentadbiran Kemajuan Tanah & Kemajuan Wilayah,

1993.

TUGASAN 2

Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuhkan integrasi nasional di negara kita.

Integrasi nasional adalah satu proses untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia,khususnya antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak untuk menjadi satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Tidak dapat dinafikan institusi pentadbiran tempatan seperti Felda Lubuk Merbau telah memainkan peranan yang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita.Dalam pentadbiran institusi tempatan,elemen patriotisme haruslah dihayati dan diterapkan demi menyatupadukan rakyat.

Salah satu unsur patriotisme yang diamalkan oleh kakitangan awam ialah bertolak ansur dan bertoleransi semasa menjalankan tugas.Misalnya,sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklah ditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit.Apabila tiada diskriminasi perkauman,maka wujudlah perpaduan nasional.

Sektor awam mestilah memperlihatkan sikap menghormati raja dan pemimpin-pemimpin mereka agar menjadi contoh teladan yang sihat kepada orang awam untuk menghormati raja dan pemimpin negara.Sikap hormat-menghormati ini menjadi teras kepada integrasi nasional.

Etika kerja yang menekankan sikap adil dan bertimbangrasa mesti diberi perhatian. Sebarang tindakan haruslah adil dan saksama dan tidak membebani orang ramai yang aberurusan.Misalnya tindakan undang-undang tempatan hendaklah munasabah dan relevan.Dengan ini rakyat jelata dapat menggembleng tenaga dengan pihak berkuasa tempatan sekali gus wujudlah perasaan cinta akan negara.

Elemen bersatu padu dan berharmoni adalah elemen penting dalam melahirkan rakyat yang berjiwa patriotik.OLeh itu kakitangan institusi pentadbiran tempatan haruslah bergabung tenaga dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah setempat contohnya jenayah.Wujudnya perpaduan dan keharmonian antara kedua-dua pihak maka integrasi nasional dapat diwujudkan.

Kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam apa jua urusan tugas yang dilakukan.Kakitangan awam tidak sepatutnya terjebak dalam kancah rasuah.Rakyat memang benci akan korupsi atau pecah amanah.Jika amalan rasuah dihapuskan rakyat akan menghargai perkhidmatan tempatan dan kerajaan.

Akhir sekali sebarang masalah yang dihadapi rakyat sepatutnya menjadi keutamaan pihak institusi pentadbiran tempatan.Pihak Berkuasa Tempatan mesti peka dan sesitif dengan masalah yang dihadapi orang ramai.Apabila masalah dapat diatasi masyarakat akan beroleh kesejahteraan

Kesimpulannya unsur patriotisme dalam institusi pentadbiran tempatan perlu diterapkan jika kita hendak rakyat hidup harmoni dan bersatu padu.Dalam konteks ini kakitangan awam mestilah mempunyai iltizam yang tinggi dalam urusan kerja mereka.Dengan ini konsep satu Malaysia dan Wawasan 2020 akan dapat dijayakan.

£££££££££££

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Allah kerana dengan izinnya saya dapat menyelesaikan kajian ini tanpa halangan dan dugaan.

Terlebih dahulu,saya ingin merakankan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang memberi kerjasama sehingga kerja kursus ini dapat disiapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru sejarah saya En. Azizan bin Md Saman kerana telah memberi galakan ,dorongan,nasihat serta bimbingan yang berguna dan seterusnya membolehkan kerja kursus ini berjaya disiapkan.

Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu

……………………………………………………………… yang tidak putus-putus memberi dorongan kepada saya.Bagi saya,mereka telah menjadi sumber motivasi , malah saya tidak pun terasa terbeban semasa menyiapkan kerja kursus ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan di Tingkatan 3 khususnya ……………. kepada sesiapa saja yang telah terlibat mengadakan perbincangan dan berkongsi maklumat sepanjang proses penyediaan kerja kursus ini.

Akhir kata,kerja kursus yang ringkas ini diharapkan dapat memberi sedikit pengetahuan kepada sesiapa saja serta pelajar khususnya tentang Rancangan Pembangunan Tanah dan Wilayah di tempat saya, yang telah mencapai banyak kemajuan dan seharusnya kita kagumi.

SEKIAN ,TERIMA KASIH.

OBJEKTIF KAJIAN

Kerja kursus ini bertujuan memenuhi keperluan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) iaitu menyiapkan satu kerja kursus berdasarkan tajuk yang ditentukan. Kali ini tajuk yang saya pilih ialah institusi pentadbiran tempatan – Felda Bukit Tembaga.

Melalui kajian ini memberi peluang saya mencari,mengumpul,menganalisis serta merumus maklumat dan fakta tentang sejarah institusi pentadbiran tempatan iaitu Felda Bukit Tembaga di Kedah.

Melalui kajian ini ,saya mengetahui dan memahami sejarah penubuhan,latar belakang dan peranan yang dimainkan oleh Felda dalam mentadbir rancangan tanahnya.

Kajian ini juga untuk mengetahui tahap perkembangan, kemajuan dan cabaran sebenar yang dihadapi oleh Felda Bukit Tembaga dan para penerokanya.

Akhir sekali , kajian ini juga sebagai satu wadah penghargaan untuk menunjukkan rasa bangga dengan kewujudan dan kejayaan yang telah dicapai Felda secara umumnya.

Kaedah Kajian

Semasa menjalankan kerja kursus ini,beberapa kaedah telah saya gunakan.Antaranya ialah:

v Merujuk bahan bacaan ilmiah seperti buku-

buku,majalah,keratan akhbar dan sebagainya.Aktiviti

penyelidikan ini dilakukan di perpustakaan sekolah dan

Perpustakaan Negeri di Alor Setar.Dengan

bantuan Guru Pusat Sumber SMK Tajar,Pn Aini

Marlina bt Abd Rashid dan En Badrul b Ali dari

Perpustakaan Negeri di Alor Setar.

v Kaedah lawatan dan pemerhatian turut saya gunakan

untuk mendapatkan maklumat tentang kajian ini.Saya

dan dua orang rakan iaitu……………

dan…………..bersama-sama guru mata pelajaran

Sejarah saya telah pergi melawat ke Felda Bukit Tembaga untuk tujuan kajian ini.

v Melayari internet dan laman web : Laman web yang

terlibat ialah: http://telecentre.my/feldalubukmerbau/index.php/ms/galeri.html

TAJUK KAJIAN

INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN :-

( Rancangan Pembangunan Tanah &Wilayah)

Felda Bukit Tembaga

SENARAI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

HALAMAN

Tajuk Kajian

Senarai Kandungan

Penghargaan

Objektif Kajian

Kaedah Kajian

1

2

3

4

Tugasan 1

Hasil Kajian:

* Felda Bukit Tembaga

* Lokasi

* Latar belakang

* Peranan

* Perkembangan

5

Rumusan

6

Lampiran

7

Rujukan

Tugasan 2

21 / 2 SEJARAH

KERJA KURSUS PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2011

Nama Calon :

Tingkatan :

No Kad Pengenalan :

Nama Dan Alamat Sekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Tajar

Jalan Datuk Kumbar 06500 Langgar Kedah Darul Aman

Tajuk Kerja Kursus : INSTITUSI PENTADBIRAN TEMPATAN :-

( Rancangan Pembangunan Tanah &Wilayah)

Felda Bukit Tembaga

Guru Penilai : En Shahabudin b Ali

Elemen

Markah

E1

Mendokumentasi Fakta Sejarah

E2

Merekod Fakta Sejarah

E3

Penerapan Unsur Patriotisme

Jumlah Markah

Kod

Tahap Pencapaian

…………………………………

( Tandatangan guru penilai )