Sunday, September 23, 2007

Ramadhan Menggamit Memori silam

Masa yang telah berlalu terasa begitu pantas wpun puluhan tahun telah berlalu.Di bulan ramadhan ini memori silam puluhan tahun datang kembali.Ia bagaikan baru berlaku.Peristiwa suka duka,berjaya. datang silih berganti.Begitu juga wajah-wajah yang yang hadir dalam kehidupan kita, ibu bapa, saudara mara,kawan rakan dan teristemewanya wajah-wajah orang yang pernah disayangi,dilukai dan melukai,kembali menjelma di mata dan fikiran.Kenangan ini lah yang memberi ilham kepada Allahyarham P.Ramlee mencipta lagu "Dendang Perantau"
Sudah tentunya bersama memori silam ada tercatat besama dosa dan pahala.noda dan dosa.yang mencengkam jiwa.Sempena bulan yang mulia dan suci ini sama-samalah kita mmperbanyakkan istigfar, memohon keampunan kepada Allah SWT dan sesama insan.Meningkatkan iman dan amal. Moga dengan itu terampun segala dosa dengan Rahmat ALLAH SWT.
kepada insan yang mengenali hamba yg hina dina ,maaf atas keterlanjuran,halalkan makan minum ku . Dengan kita saling bermaaf-maafan maka tiadalah lagi kira bicara sesama kita di Padang Masyar kelak.

Maaf zahir batin dari hamba yang dhaif

2 comments:

azas2007 said...

semoga terampun segala dosa dan akan menjadi insan yang lebih baik dunia akhirat.amin.....

azas2007 said...

Semoga bulan ramadhan ini memberi seribu keinsafan pada kita semua. pertemuan,jodoh ajal dan maut hanya Allah yang tentukan...